Wednesday, December 10, 2008

Kek Lapis Coklat

Bahan-bahan :

10 biji telur
16oz butter
2 cup gula (kisar)
2 cup tepung (ayak)
1 paket kecil holick
1 tin kecil susu pekat manis
1 sudu besar ovellete

Bahan tambahan :
coklat cabury yang paling kecil

Cara-cara :

Pukul gula & mentega hingga kembang. masukan ovellete dan gaul rata.
Masukan pula telur satu persatu, kemudian tepung dan gaul rata.
masukan holick dan gaul.masukan pula susu.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :

warna pink (lebihkan sedikit)
warna ungu
warna biru

Cara membakar :

Masukan satu senduk warna pink dan bakar guna api atas sahaja sehingga nampak kekuningan.
Lapiskan pula dengan warna ungu dan bakar guna api atas sahaja sehingga nampak kekuningan.
Lapiskan pula dengan warna biru dan bakar guna api atas sahaja sehingga nampak kekuningan.
Selepas itu, susun dengan coklat dan letak warna pink dan bakar sehingga nampak kekuningan.

*Ulang sehingga adunan habis.

 
nota: gambar di atas diambil dr web/blog rakan2 yang lain...TQ

Kek Lapis EverGreen

Bahan-bahan :

10 biji telur
16oz butter
2 cup gula (kisar)
2 cup tepung (ayak)
2 paket santan
1 tin kecil susu pekat manis
1 sudu besar ovellet
1 botol kecil paste pandan

Cara-Cara :

Gaulkan butter & gula sehingga kembang ( putih). masukkan ovellet dan gaul rata.
Setelah itu, masukan telur satu persatu. gaul rata dan masukan tepung.
Kemudian, masukan santan (tidak perlu bubuh air) dan gaul rata.
Masukan pula susu dan gaul. akhir sekali masukan paste pandan.

Cara membakar :

Ambil satu senduk adunan dan bakar guna api atas bawah, jangan terlalu lama bagi bahagian bawah. kemudian gunakan api atas sahaja.stelah bahagian atas sudah nampak kekuningan, keluarkan dari oven dan buat lapisan seterusnya sehingga aduanan habis. Gunakan Api atas sahaja.
Related Posts with Thumbnails