Wednesday, December 10, 2008

Kek Lapis EverGreen

Bahan-bahan :

10 biji telur
16oz butter
2 cup gula (kisar)
2 cup tepung (ayak)
2 paket santan
1 tin kecil susu pekat manis
1 sudu besar ovellet
1 botol kecil paste pandan

Cara-Cara :

Gaulkan butter & gula sehingga kembang ( putih). masukkan ovellet dan gaul rata.
Setelah itu, masukan telur satu persatu. gaul rata dan masukan tepung.
Kemudian, masukan santan (tidak perlu bubuh air) dan gaul rata.
Masukan pula susu dan gaul. akhir sekali masukan paste pandan.

Cara membakar :

Ambil satu senduk adunan dan bakar guna api atas bawah, jangan terlalu lama bagi bahagian bawah. kemudian gunakan api atas sahaja.stelah bahagian atas sudah nampak kekuningan, keluarkan dari oven dan buat lapisan seterusnya sehingga aduanan habis. Gunakan Api atas sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails